Tuesday, May 5, 2009

Seminar Sejarah SPM 2009

Salam,

Panitia Sejarah SMK Membakut II telah mengadakan Seminar Menjawab Soalan SPM Sejarah bertempat di Bilik Seminar SMK Membakut II. Maklumat lanjut mengenai seminar tersebut sila klik sini....

Monday, April 27, 2009

Persediaan peserta forum remaja sekolah

Salam,

Sebenarnya banyak aktiviti sekolah yang melibatkan pelajar yang berlaku di sekolah ni yang tak dapat nak dilaporkan atau didokumentasikan. Ada lawatan pelajar, upacara angkat sumpah PRS dan sebagainya. Esok 28 April 2009, ada Karnival Pencegahan Dadah yang melibatkan pertandingan seperti dikir barat, nasyid, deklamasi sajak dan lain-lain. Laporan akan dimasukkan setelah menerima maklumat dari mereka yang terlibat.

Gambar di bawah adalah peserta-peserta forum remaja yang akan mewakili sekolah tidak lama lagi. Nampak terlalu sibuk menyediakan bahan berkaitan. Walaubagaimanapun, sempat juga berposing seketika demi majalah e-hikmah buat tatapan semua warga sekolah.

Respon spontan daripada mereka

Bahan-bahan yang berselerak di meja sewaktu membuat persediaan

Semoga kalian pulang dengan kejayaan....

Saturday, April 25, 2009

Pertandingan Pesta Pantun Daerah Beaufort

Backdrop tempat pertandingan

Para peserta bersama guru penasihat

Salam,

Rabu, 23 April 2009 SMK Membakut II telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Beaufort. Tahniah kepada semua pemantun sekolah walaupun gagal meneruskan persaingan ke pusingan akhir. Mereka adalah :

Dari kiri :-

1. Siti Noorsyafikah
2. Roswini
3. Syarifah Nabila
4. Mohd Qayyum
5. Siti Nur Masittah

Guru :-

Cikgu Abdul Manaf Abdullah

Tahniah juga kepada semua urusetia terlibat dari kalangan guru-guru dan para pelajar, pihak pentadbiran sekolah yang bertungkus lumus memastikan aktiviti ini berjalan lancar dan semua warga SKM Membakut II. Teruskan melakar kejayaan buat sekolah dan juga diri anda sendiri....

Wassalam



Wednesday, April 15, 2009

5 Pesilat sekolah ke SAGA 09, Sandakan


Salam,

Persatuan Seni Silat SMK Membakut II hari ini melakar sejarah lagi dalam memburu kejayaan para pesilatnya melayakkan diri mewakili Daerah Beaufort ke Sabah Games (SAGA) 2009, Sandakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada Jun ini. Mereka yang menjuarai SAGA 09 akan mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (Sukma) yang akan di adakan di Perlis tahun hadapan. Panel pemilihan yang terdiri daripada Pegawai Daerah Beaufort sendiri, para pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia telah memilih 5 pesilat daripada sekolah kita. Mereka terdiri daripada :

1. Mohd Naim Abdullah (Kategori A )
2. Wahadi Wakeran (Kategori D)
3. Mohd Saiful Azizie Osman (Kategori G)
4. Mohd Fadzlee Salih (Kategori H)
5. Mohd Shairuddin Sharom (Kategori I)

Terdapat 2 lagi bekas pesilat sekolah yang turut mengikuti pemilihan tersebut dan terpilih ke SAGA 09, Sandakan ialah :

1. Siti Zauridah Lazim (Kategori A)
2. Akhmizan Ali Amat (Kategori E)

Tahniah kepada guru Persatuan Seni Silat yang berpengalaman luas dan terlibat melatih mereka bersungguh-sungguh tanpa kenal erti penat dan jemu iaitu Ustaz Norazman Md Noh dan Cikgu Shahzian Mumin. Mereka bukan sahaja banyak meluangkan masa melatih para pesilat malah mencari peruntukan kewangan dan kelengkapan pesilat untuk ke Weston, Beaufort di atas inisiatif mereka sendiri. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Semoga berjaya.

Tuesday, April 14, 2009

Latihan Menembak Kadet Polis

Salam,

Pada Sabtu, 11 April 2009 lalu, pasukan kadet polis SMK Membakut II telah mengikuti aktiviti menembak yang telah diadakan di lapang sasar Sipitang. Seramai 27 orang kadet polis telah terlibat dalam aktiviti ini dan guru-guru yang terlibat ialah :

1. Cikgu Shahzian Mumin
2. Cikgu Hazrul Hj. Bujang
3. Cikgu Yusman Nayan
4. Cikgu Lain Kok Chung

Antara aksi anggota kadet polis yang menjalani aktiviti menembak

Tahniah kepada semua anggota kadet polis dan guru-guru yang terlibat merasai pengalaman menembak dengan 20 butir peluru hidup. Semoga pendedahan awal ini membuka ruang kepada semua anggota dan guru-guru untuk lebih mendalami aktiviti kepolisan.

Semoga berjaya.


Saturday, April 11, 2009

Kursus Kepimpinan Manikayu


Salam,

Kursus Kepimpinan Manikayu Penerangan KP2776 & KP2777 telah diadakan di BP House Kota Kinabalu. SMK Membakut II menghantar seorang wakil iaitu Ustaz Norazman Md Noh untuk mengikuti kursus tersebut. Maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh klik sini atau klik pada gambar....

Wassalam


Friday, April 10, 2009

Another English written blog of SMKM II student

Salam,

Well, after a while surfing...I found another blog written in English by our student (not x-student aa....) Keep it up mizbell... I am really proud of you even though I am not your English teacher. This proves that not all of our students are poor in English. Your English is quite good mizbell... you can write well so I am pretty sure that you will did well in your SPM.

So, keep it up...

Best regards,
Ustaz Norazman

Thursday, April 9, 2009

Seminar sehari PRS

Gambar PRS sewaktu seminar (gambar oleh Mr Gerald)
Salam,

Seminar sehari Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Membakut II telah dijalankan pada 9 April 2009 bertempat di Bilik Muzik sekolah. Semua guru-guru PRS telah terlibat menjalankan seminar sehari ini. Semoga PRS SMK Membakut II dapat memberikan sumbangan mereka dan menjalankan tugas meraka dengan baik setelah seminar ini berlangsung.

Wassalam

Norazman Md Noh

Kursus Kepimpinan Pengawas 2009

Gambar oleh Mr. Gerald sewaktu kursus berjalan
Salam,

Kursus Intensif Kepimpinan Pengawas 2009 telah diadakan pada 8 April 2009 bertempat di bilik muzik SMK Membakut II. Para pengawas sekolah diberi pendedahan mengenai kepimpinan, disiplin dan peraturan sekolah secara jelas oleh guru-guru pengawas yang terlibat. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua barisan pimpinan pengawas sekolah.

Wassalam

Norazman Md Noh
SMK Membakut II

Monday, April 6, 2009

Tahniah kepada peserta sembelihan

Gambar kenangan bersama bonda pengetua yang singgah meninjau
Program Praktikal Sembelihan tersebut

Salam,

Sewaktu perhimpunan pagi tadi telah disampaikan hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang telah menunjukkan satu kerjasama kumpulan yang baik dari segi strategi pengurusan ayam, kebersihan dan persembahan masakan (ayam panggang dan lain-lain).

Kumpulan-kumpulan tersebut adalah seperti berikut :

Kumpulan 1

1. Saufiq Che Rauf
2. Aznie Sunny Foo
3. Najwa Mahmood

Kumpulan 2

1. Yuzer Yusof
2. Ag. Mohd Noor Khairi Ag. Sirat
3. Mohd Raduan Badarudin

Kumpulan 3

1. Sofea Syazlynda Hj Abd Wahid
2. Dg. Siti Nukayah Mohd Jair
3. Siti Normala Kamal

Kumpulan 4

1. Dg. Jaimah Ahmad
2. Nor Hamizah Agku Baktir
3. Fatin Nazirah Mohd Din
4. Suzyafizah Awang

Kumpulan 5

1. Siti Farahlia Sulaiman
2. Shaemah Jalu
3. Norasidah Matusin
4. Sarimah Duraman

Tahniah kepada semua kumpulan sembelihan tersebut. Kepada kumpulan lain yang tidak dapat hadiah tidak mengapa. Anda sudah lulus ujian sembelihan. TAHNIAH....!!! Teruskan usaha, banyakkan ulangkaji. Semoga program praktikal tersebut banyak memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat.


Saturday, April 4, 2009

Latihan Menembak Kadet Polis

Salam,

Petang Jumaat lalu telah diadakan latihan menembak kering oleh pegawai polis dari Balai Polis Beaufort. Anggota kadet polis telah diajar bagaimana menggunakan senjata rifle M16 yang di bawa dari balai. Semoga latihan ini banyak memberi manfaat dan informasi kepada setiap anggota. Tahniah kepada guru penasihat Kadet Polis.




Wednesday, April 1, 2009

Ex-student SMKM II 9A SPM 2008


Salam,

Alhamdulillah, kelmarin best student SMK Membakut II waktu PMR dulu (7 A) telah datang menziarah ke sekolah untuk mengambil sijil-sijil dan mengambil pengesahan dari pihak sekolah. Sebelum tu, beliau telah menghantar sms kepada penulis untuk berjumpa secara peribadi. Penulis bersetuju dan ajak beliau ke kantin untuk belanja makan tengahari.

Tahniah kepada beliau kerana telah mendapat 9 A pula dalam SPM yang baru lalu. Beliau menyatakan bahawa pengalaman yang beliau dapat dari Maktab tentera Diraja banyak membantu beliau untuk mendapat keputusan cemerlang. Beliau tetap tidak lupa kepada asal usul beliau dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini.

Wahai warga SMK Membakut II, contohilah abang kalian ini yang telah berjaya dalam pelajaran dan tidak lupa kepada gurunya. Mungkin keberkatan daripada guru membantu beliau lebih berjaya di samping usaha beliau. Jadikanlah beliau sebagai contoh yang sangat baik untuk diikuti.

Semuga berjaya Ahjarul Amirul.......


Monday, March 30, 2009

Ulangtahun Kor Kadet Polis ke 39


Kor Kadet Polis SMK Membakut II


ASP Shahzian Mumin bersama anggota kadet polis sewaktu latihan menembak kering


Salam,

Pasukan Kadet Polis SMK Membakut II telah menghantar satu pasukan untuk memenuhi jemputan Upacara Ulangtahun Sambutan Kor Kadet Polis ke 39 Peringkat Daerah Beaufort yang akan berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh : 31.03.2009 (Selasa)
Tempat : Tapak Tamu Pekan Membakut
Masa : 7:00 pagi - 12:oo tgh

Anggota kadet polis yang terlibat adalah seperti berikut :

Lelaki

1. Abd Afiq Abd Ghani
2. Mohd Rajih Ag Amat
3. Azrie Sunny Foo
4. Mohd Fazil Ismail
5. Mohd Fizrie Ahmad
6. Suffi Mohd Harewan Aliamat
7. Mohd Zaimizan Zaabar
8. Zairunizam Zainal
9. Ahmad Rosli Abd Razak
10. Rozzaidie Roslan
11. Mohd Hazwan Bujang
12. Mohd Yuziwawi Yunus
13. Abd Azmie Abd Ghani
14. Ag. Mohd Azirul Ag. Aji
15. Mohd Hanif Jaafar
16. Lyan Robert
17. Ag. Muhamad Ag. Bungsu
18. Mohd Akmal Omar

Perempuan

1. Siti Norina Missiran
2. Wanda Justin
3. Norhizani Abd Rahim
4. Azni Sunny Foo
5. Norazah Jainuddin
6. Nabila Ahmad
7. Inah Syaira Suhaimi
8. Azura Abd Ghani
9. Siti Norfinah Kamal
10. Nadrah Nasuha Ismail

Tahniah dan syabas kepada guru-guru pasukan kadet polis sekolah iaitu Cikgu Shahzian Mumin, Cikgu Hazrul Hj. Bujang dan lain-lain.

Sekian, Wassalam.



Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Beaufort 2009


Salam,

SMK Membakut II telah menghantar tiga orang wakil ke Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Membakut bertempat di SMK Kota Klias, Beaufort.

Tahniah kepada saudara Nazrin Shah bin Mat Min yang telah mendapat tempat pertama di peringkat Daerah Beaufort dan mewakili Daerah Beaufort ke Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Selatan pada 2 April 2009 (Khamis) bertempat di SMK Membakut. Semoga beliau pulang membawa kejayaan dan menaikkan serta mengharumkan lagi nama sekolah.

Tahniah dan syabas juga ditujukan kepada Ustaz Rusli Mohd Rasyid selaku Ketua Panitia dan juga semua guru Pendidikan Islam SMK Membakut II kerana menambah koleksi kejayaan sekolah pada tahun ini. Anda semua adalah cemerlang, gemilang dan terbilang di mata anak didik kalian.

Sekian, wassalam.


Seminar Pemantapan Akidah Generasi Muda

Gambar hiasan

Salam,

Pada 26 Mac 2009 (Khamis) yang lalu Persatuan Puteri Islam (PPIM) SMK Membakut II telah menghantar seramai 10 orang wakil ke Seminar Pemantapan Akidah Generasi Muda Peringkat Negeri Sabah 2009. Senarai nama pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :

1. Swazwani bt Ahmad 6AF
2. Siti Norina bt Missiran 6AF
3. Sarifah Atika bt Syed Omar 5IS
4. Siti Hawa bt Sugiarto 5IS
5. Aziemma bt Abd Rahman 5IK
6. Siti Norshafikah bt Ag. Abbas 5IS
7. Norsyilah Fatin bt Ahmad 5IS
8. Nur Izni Hayati bt Abd Razak 5IS
9. Azilah bt Jaafar 6AF
10. Syarizah Ema bt Hj Othman 6AF

Tahniah kepada semua peserta PPIM. Semoga mendapat manfaat daripada seminar tersebut dan berkongsinya dengan warga sekolah.

Sekalung penghargaan juga kepada guru pengiring PPIM yang sentiasa setia bersama dengan PUTERInya sepanjang masa iaitu Pn. Dgku Saadiah Hj Ampuan Alimat yang juga merupakan orang besar PPIM negeri Sabah dan Majlis Belia Sabah.

Wassalam.



Wednesday, March 25, 2009

Program Latihan Edu Web Tv

Salam,

Pada 25-26 Mac 2009 penulis mengikuti Program Latihan Edu Web Tv anjuran kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini di jalankan di SMK beaufort II.

Saturday, March 21, 2009

Satu lagi link SMK Membakut II hasil pelajar kita...

Salam,

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar SMK Membakut II mempunyai pelbagai potensi kehebatan yang jarang-jarang dicungkil oleh guru. Di sini penulis terjumpa satu laman web berkaitan sekolah kita yang tak ramai yang tahu....

Harap link ini juga dapat digunakan dengan sebaiknya oleh warga sekolah. Setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada pelajar tersebut. Siapa...??? masuklah untuk mengenalinya dengan lebih dekat....

Klik pada gambar untuk masuk...atau klik sini

Wassalam


Friday, March 20, 2009

Link untuk Pengakap Negeri Sabah


Salam,

Ini adalah link untuk pasukan Pengakap Negeri Sabah. Terdapat banyak informasi yang berguna untuk pengakap dan juga untuk semua. Harap dapat dimanfaatkan dengan baik. Sila klik pada gambar di atas untuk masuk.

Untuk lain-lain unit beruniform juga akan dimasukkan sekiranya terjumpa.

Wassalam

Monday, March 16, 2009

Kem Orientasi Pengakap 06 2009

Salam,

Bermula dari Sabtu, 14 Mac 2009 hingga Isnin, 16 Mac 2009 Persatuan Pengakap 06 SMK Membakut II telah menjalankan satu perkhemahan iaitu Kem Orientasi Pengakap 06 2009 bertempat di Membakut Lake Eco Training Centre (MLETC). Kem ini telah dijalankan dengan jayanya.

Gambar-gambar suasana kem boleh di layari di http://santai-norazman.blogspot.com

Thursday, March 5, 2009

Armless Girl Gets A Pilot License

Oxford and Cambridge have now decided to remove the words CAN'T and IMPOSSIBLE from their dictionary



Jessica Cox, 25, a girl born without arms, stands inside an aircraft. The girl from Tucson, Arizona got the Sport Pilot certificate lately and became the first pilot licensed to fly using only her feet.



Jessica Cox of Tucson was born without arms, but that has only stopped her from doing one thing: using the word "can't."



Her latest flight into the seemingly impossible is becoming the first pilot licensed to fly using only her feet.



With one foot manning the controls and the other delicately guiding the steering column, Cox, 25, soared to achieve a Sport Pilot certificate. Her certificate qualifies her to fly a light-sport aircraft to altitudes of 10,000 feet...


"She's a good pilot. She's rock solid," said Parrish Traweek, 42, the flying instructor at San Manuel's Ray Blair Airport.

Parrish Traweek runs PC Aircraft Maintenance and Flight Services and has trained many pilots, some of whom didn't come close to Cox's abilities.



"When she came up here driving a car," Traweek recalled, "I knew she'd have no problem flying a plane."








Doctors never learned why she was born without arms, but she figured out early on that she didn't want to use prosthetic devices.






So, how about our SMK Membakut II students....?

Beauty of Math !


x
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Catur SMK Membakut II Ke Peringkat Kebangsaan


Tahniah diucapkan kepada adik Ali Hanafiah dari Tingkatan 2AS yang telah menjuarai kategori bawah 15 tahun di peringkat negeri Sabah baru-baru ini.Beliau akan mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan pada bulan ini (Mac 2009). Tahniah diucapkan kepada peserta catur sekolah dan Cikgu Hilary @ Canon Guntabid yang tidak pernah jemu membimbing dan berkongsi ilmu "percaturannya" bersama pelajar.

Tuesday, March 3, 2009

Selamat Hari Lahir Cikgu...

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Sewaktu penulis berjalan dibilik guru SMK Membakut II, penulis terlihat sesuatu yang menarik perhatian. Bentuk seperti hadiah dan terdapat banyak tulisan padanya. Nak kata hari ini hari guru... bukan. Bila dihampiri, rupanya hadiah hari lahir seorang guru daripada para pelajarnya. Orang yang dimaksudkan ialah Cikgu Nasip Sukiman. Sungguh istimewa Cikgu Nasip pada mata anak didiknya.

Begitulah budaya memberi penghargaan yang diamalkan di sekolah kita dikalangan guru dan pelajar. Mungkin Cikgu Nasip banyak memberikan penghargaan kepada setiap anak didiknya sehingga anak didiknya sanggup bersusah payah mencari dan membeli hadiah secara berkumpulan untuk guru mereka yang tersayang....atau..Cikgu Nasip memaksa mereka membeli hadiah untuknya. Tentu tidak logik bukan...anda fikirlah sendiri....




Kebetulan pula semasa berbual di bilik guru, Cikgu Husaini juga menyatakan bahawa hari ini adalah hari jadinya. Jadi, selamat hari jadi Cikgu Husaini dan Cikgu Nasip dan juga guru-guru lain yang juga menyambut ulangtahun kelahiran tetapi penulis tidak maklum....Semoga panjang umur dan murah rezeki

Selamat Hari Jadi Cikgu Husaini.....

Monday, March 2, 2009

Laporan Pertandingan Catur Negeri Sabah

Salam bahagia,

Pertandingan Catur Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung di Lahad Datu bermula 23 - 27 Februari 2009. Sekolah kita mempunyai seramai 3 orang wakil yang layak mewakili Daerah Beaufort dan bersaing merebut tempat teratas dalam pertandingan tersebut.

Salah seorang peserta catur sekolah iaitu Ali Hanafiah telah menjuarai pertandingan tersebut bagi kategori 15 tahun ke bawah dan layak mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di negeri Selangor pada bulan Mac ini. Tahniah diucapkan kepada peserta catur sekolah dan guru yang terlibat secara langsung iaitu Cikgu Hilary @ Canon Guntabid.

Berita lanjut akan menyusul tidak lama lagi.

Wednesday, February 25, 2009

Hari Rasmi Kokum 2009

Assalamualaikum,

Hari ini bermula Hari Kokum Rasmi SMK Membakut II 2009. Jadual Kokum bagi tahun ini adalah seperti berikut :

Rabu 2:10 - 3:10 Kelab & Persatuan Akademik, 3:10 - 4:10 Unit Beruniform

Khamis 2:10 - 3:10 Kelab Sukan & Permainan

Cikgu Ishak Ag. Basar menguruskan Unit PBSM

MizzBell...

Cikgu Saodah Payak bersama Unit St. John Ambulan Malaysia....

Cikgu Ali Rahman bersama Unit Pengakap menyampai ucapan pembukaan 2009

Cikgu Akhriee Sharifuddin Md Sah selaku PK Kokum melawat ke kelas-kelas tempat berlangsungnya perjumpaan persatuan...

Cikgu Husaini dan Jasmin ... persatuan aper yer... St. John kali...

Sebenarnya kalau boleh nak ambil gambar semua unit tetapi apakan daya bateri kamera sudah kehabisan. Aktiviti kokum pada tahun ini dimulai dengan penuh semangat oleh semua warga SMK Membakut II.
Selamat Maju Jaya...

Laporan daripada :

Norazman Md Noh
Ex-Redaksi Majalah
Hikmah 2005-2007