Wednesday, April 1, 2009

Ex-student SMKM II 9A SPM 2008


Salam,

Alhamdulillah, kelmarin best student SMK Membakut II waktu PMR dulu (7 A) telah datang menziarah ke sekolah untuk mengambil sijil-sijil dan mengambil pengesahan dari pihak sekolah. Sebelum tu, beliau telah menghantar sms kepada penulis untuk berjumpa secara peribadi. Penulis bersetuju dan ajak beliau ke kantin untuk belanja makan tengahari.

Tahniah kepada beliau kerana telah mendapat 9 A pula dalam SPM yang baru lalu. Beliau menyatakan bahawa pengalaman yang beliau dapat dari Maktab tentera Diraja banyak membantu beliau untuk mendapat keputusan cemerlang. Beliau tetap tidak lupa kepada asal usul beliau dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini.

Wahai warga SMK Membakut II, contohilah abang kalian ini yang telah berjaya dalam pelajaran dan tidak lupa kepada gurunya. Mungkin keberkatan daripada guru membantu beliau lebih berjaya di samping usaha beliau. Jadikanlah beliau sebagai contoh yang sangat baik untuk diikuti.

Semuga berjaya Ahjarul Amirul.......


No comments: