Monday, April 27, 2009

Persediaan peserta forum remaja sekolah

Salam,

Sebenarnya banyak aktiviti sekolah yang melibatkan pelajar yang berlaku di sekolah ni yang tak dapat nak dilaporkan atau didokumentasikan. Ada lawatan pelajar, upacara angkat sumpah PRS dan sebagainya. Esok 28 April 2009, ada Karnival Pencegahan Dadah yang melibatkan pertandingan seperti dikir barat, nasyid, deklamasi sajak dan lain-lain. Laporan akan dimasukkan setelah menerima maklumat dari mereka yang terlibat.

Gambar di bawah adalah peserta-peserta forum remaja yang akan mewakili sekolah tidak lama lagi. Nampak terlalu sibuk menyediakan bahan berkaitan. Walaubagaimanapun, sempat juga berposing seketika demi majalah e-hikmah buat tatapan semua warga sekolah.

Respon spontan daripada mereka

Bahan-bahan yang berselerak di meja sewaktu membuat persediaan

Semoga kalian pulang dengan kejayaan....

Saturday, April 25, 2009

Pertandingan Pesta Pantun Daerah Beaufort

Backdrop tempat pertandingan

Para peserta bersama guru penasihat

Salam,

Rabu, 23 April 2009 SMK Membakut II telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Beaufort. Tahniah kepada semua pemantun sekolah walaupun gagal meneruskan persaingan ke pusingan akhir. Mereka adalah :

Dari kiri :-

1. Siti Noorsyafikah
2. Roswini
3. Syarifah Nabila
4. Mohd Qayyum
5. Siti Nur Masittah

Guru :-

Cikgu Abdul Manaf Abdullah

Tahniah juga kepada semua urusetia terlibat dari kalangan guru-guru dan para pelajar, pihak pentadbiran sekolah yang bertungkus lumus memastikan aktiviti ini berjalan lancar dan semua warga SKM Membakut II. Teruskan melakar kejayaan buat sekolah dan juga diri anda sendiri....

Wassalam



Wednesday, April 15, 2009

5 Pesilat sekolah ke SAGA 09, Sandakan


Salam,

Persatuan Seni Silat SMK Membakut II hari ini melakar sejarah lagi dalam memburu kejayaan para pesilatnya melayakkan diri mewakili Daerah Beaufort ke Sabah Games (SAGA) 2009, Sandakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada Jun ini. Mereka yang menjuarai SAGA 09 akan mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (Sukma) yang akan di adakan di Perlis tahun hadapan. Panel pemilihan yang terdiri daripada Pegawai Daerah Beaufort sendiri, para pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia telah memilih 5 pesilat daripada sekolah kita. Mereka terdiri daripada :

1. Mohd Naim Abdullah (Kategori A )
2. Wahadi Wakeran (Kategori D)
3. Mohd Saiful Azizie Osman (Kategori G)
4. Mohd Fadzlee Salih (Kategori H)
5. Mohd Shairuddin Sharom (Kategori I)

Terdapat 2 lagi bekas pesilat sekolah yang turut mengikuti pemilihan tersebut dan terpilih ke SAGA 09, Sandakan ialah :

1. Siti Zauridah Lazim (Kategori A)
2. Akhmizan Ali Amat (Kategori E)

Tahniah kepada guru Persatuan Seni Silat yang berpengalaman luas dan terlibat melatih mereka bersungguh-sungguh tanpa kenal erti penat dan jemu iaitu Ustaz Norazman Md Noh dan Cikgu Shahzian Mumin. Mereka bukan sahaja banyak meluangkan masa melatih para pesilat malah mencari peruntukan kewangan dan kelengkapan pesilat untuk ke Weston, Beaufort di atas inisiatif mereka sendiri. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Semoga berjaya.

Tuesday, April 14, 2009

Latihan Menembak Kadet Polis

Salam,

Pada Sabtu, 11 April 2009 lalu, pasukan kadet polis SMK Membakut II telah mengikuti aktiviti menembak yang telah diadakan di lapang sasar Sipitang. Seramai 27 orang kadet polis telah terlibat dalam aktiviti ini dan guru-guru yang terlibat ialah :

1. Cikgu Shahzian Mumin
2. Cikgu Hazrul Hj. Bujang
3. Cikgu Yusman Nayan
4. Cikgu Lain Kok Chung

Antara aksi anggota kadet polis yang menjalani aktiviti menembak

Tahniah kepada semua anggota kadet polis dan guru-guru yang terlibat merasai pengalaman menembak dengan 20 butir peluru hidup. Semoga pendedahan awal ini membuka ruang kepada semua anggota dan guru-guru untuk lebih mendalami aktiviti kepolisan.

Semoga berjaya.


Saturday, April 11, 2009

Kursus Kepimpinan Manikayu


Salam,

Kursus Kepimpinan Manikayu Penerangan KP2776 & KP2777 telah diadakan di BP House Kota Kinabalu. SMK Membakut II menghantar seorang wakil iaitu Ustaz Norazman Md Noh untuk mengikuti kursus tersebut. Maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh klik sini atau klik pada gambar....

Wassalam


Friday, April 10, 2009

Another English written blog of SMKM II student

Salam,

Well, after a while surfing...I found another blog written in English by our student (not x-student aa....) Keep it up mizbell... I am really proud of you even though I am not your English teacher. This proves that not all of our students are poor in English. Your English is quite good mizbell... you can write well so I am pretty sure that you will did well in your SPM.

So, keep it up...

Best regards,
Ustaz Norazman

Thursday, April 9, 2009

Seminar sehari PRS

Gambar PRS sewaktu seminar (gambar oleh Mr Gerald)
Salam,

Seminar sehari Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Membakut II telah dijalankan pada 9 April 2009 bertempat di Bilik Muzik sekolah. Semua guru-guru PRS telah terlibat menjalankan seminar sehari ini. Semoga PRS SMK Membakut II dapat memberikan sumbangan mereka dan menjalankan tugas meraka dengan baik setelah seminar ini berlangsung.

Wassalam

Norazman Md Noh

Kursus Kepimpinan Pengawas 2009

Gambar oleh Mr. Gerald sewaktu kursus berjalan
Salam,

Kursus Intensif Kepimpinan Pengawas 2009 telah diadakan pada 8 April 2009 bertempat di bilik muzik SMK Membakut II. Para pengawas sekolah diberi pendedahan mengenai kepimpinan, disiplin dan peraturan sekolah secara jelas oleh guru-guru pengawas yang terlibat. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua barisan pimpinan pengawas sekolah.

Wassalam

Norazman Md Noh
SMK Membakut II

Monday, April 6, 2009

Tahniah kepada peserta sembelihan

Gambar kenangan bersama bonda pengetua yang singgah meninjau
Program Praktikal Sembelihan tersebut

Salam,

Sewaktu perhimpunan pagi tadi telah disampaikan hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang telah menunjukkan satu kerjasama kumpulan yang baik dari segi strategi pengurusan ayam, kebersihan dan persembahan masakan (ayam panggang dan lain-lain).

Kumpulan-kumpulan tersebut adalah seperti berikut :

Kumpulan 1

1. Saufiq Che Rauf
2. Aznie Sunny Foo
3. Najwa Mahmood

Kumpulan 2

1. Yuzer Yusof
2. Ag. Mohd Noor Khairi Ag. Sirat
3. Mohd Raduan Badarudin

Kumpulan 3

1. Sofea Syazlynda Hj Abd Wahid
2. Dg. Siti Nukayah Mohd Jair
3. Siti Normala Kamal

Kumpulan 4

1. Dg. Jaimah Ahmad
2. Nor Hamizah Agku Baktir
3. Fatin Nazirah Mohd Din
4. Suzyafizah Awang

Kumpulan 5

1. Siti Farahlia Sulaiman
2. Shaemah Jalu
3. Norasidah Matusin
4. Sarimah Duraman

Tahniah kepada semua kumpulan sembelihan tersebut. Kepada kumpulan lain yang tidak dapat hadiah tidak mengapa. Anda sudah lulus ujian sembelihan. TAHNIAH....!!! Teruskan usaha, banyakkan ulangkaji. Semoga program praktikal tersebut banyak memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat.


Saturday, April 4, 2009

Latihan Menembak Kadet Polis

Salam,

Petang Jumaat lalu telah diadakan latihan menembak kering oleh pegawai polis dari Balai Polis Beaufort. Anggota kadet polis telah diajar bagaimana menggunakan senjata rifle M16 yang di bawa dari balai. Semoga latihan ini banyak memberi manfaat dan informasi kepada setiap anggota. Tahniah kepada guru penasihat Kadet Polis.




Wednesday, April 1, 2009

Ex-student SMKM II 9A SPM 2008


Salam,

Alhamdulillah, kelmarin best student SMK Membakut II waktu PMR dulu (7 A) telah datang menziarah ke sekolah untuk mengambil sijil-sijil dan mengambil pengesahan dari pihak sekolah. Sebelum tu, beliau telah menghantar sms kepada penulis untuk berjumpa secara peribadi. Penulis bersetuju dan ajak beliau ke kantin untuk belanja makan tengahari.

Tahniah kepada beliau kerana telah mendapat 9 A pula dalam SPM yang baru lalu. Beliau menyatakan bahawa pengalaman yang beliau dapat dari Maktab tentera Diraja banyak membantu beliau untuk mendapat keputusan cemerlang. Beliau tetap tidak lupa kepada asal usul beliau dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini.

Wahai warga SMK Membakut II, contohilah abang kalian ini yang telah berjaya dalam pelajaran dan tidak lupa kepada gurunya. Mungkin keberkatan daripada guru membantu beliau lebih berjaya di samping usaha beliau. Jadikanlah beliau sebagai contoh yang sangat baik untuk diikuti.

Semuga berjaya Ahjarul Amirul.......