Monday, March 2, 2009

Laporan Pertandingan Catur Negeri Sabah

Salam bahagia,

Pertandingan Catur Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung di Lahad Datu bermula 23 - 27 Februari 2009. Sekolah kita mempunyai seramai 3 orang wakil yang layak mewakili Daerah Beaufort dan bersaing merebut tempat teratas dalam pertandingan tersebut.

Salah seorang peserta catur sekolah iaitu Ali Hanafiah telah menjuarai pertandingan tersebut bagi kategori 15 tahun ke bawah dan layak mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di negeri Selangor pada bulan Mac ini. Tahniah diucapkan kepada peserta catur sekolah dan guru yang terlibat secara langsung iaitu Cikgu Hilary @ Canon Guntabid.

Berita lanjut akan menyusul tidak lama lagi.

No comments: