Wednesday, April 15, 2009

5 Pesilat sekolah ke SAGA 09, Sandakan


Salam,

Persatuan Seni Silat SMK Membakut II hari ini melakar sejarah lagi dalam memburu kejayaan para pesilatnya melayakkan diri mewakili Daerah Beaufort ke Sabah Games (SAGA) 2009, Sandakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada Jun ini. Mereka yang menjuarai SAGA 09 akan mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (Sukma) yang akan di adakan di Perlis tahun hadapan. Panel pemilihan yang terdiri daripada Pegawai Daerah Beaufort sendiri, para pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia telah memilih 5 pesilat daripada sekolah kita. Mereka terdiri daripada :

1. Mohd Naim Abdullah (Kategori A )
2. Wahadi Wakeran (Kategori D)
3. Mohd Saiful Azizie Osman (Kategori G)
4. Mohd Fadzlee Salih (Kategori H)
5. Mohd Shairuddin Sharom (Kategori I)

Terdapat 2 lagi bekas pesilat sekolah yang turut mengikuti pemilihan tersebut dan terpilih ke SAGA 09, Sandakan ialah :

1. Siti Zauridah Lazim (Kategori A)
2. Akhmizan Ali Amat (Kategori E)

Tahniah kepada guru Persatuan Seni Silat yang berpengalaman luas dan terlibat melatih mereka bersungguh-sungguh tanpa kenal erti penat dan jemu iaitu Ustaz Norazman Md Noh dan Cikgu Shahzian Mumin. Mereka bukan sahaja banyak meluangkan masa melatih para pesilat malah mencari peruntukan kewangan dan kelengkapan pesilat untuk ke Weston, Beaufort di atas inisiatif mereka sendiri. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Semoga berjaya.

No comments: