Wednesday, February 25, 2009

Hari Rasmi Kokum 2009

Assalamualaikum,

Hari ini bermula Hari Kokum Rasmi SMK Membakut II 2009. Jadual Kokum bagi tahun ini adalah seperti berikut :

Rabu 2:10 - 3:10 Kelab & Persatuan Akademik, 3:10 - 4:10 Unit Beruniform

Khamis 2:10 - 3:10 Kelab Sukan & Permainan

Cikgu Ishak Ag. Basar menguruskan Unit PBSM

MizzBell...

Cikgu Saodah Payak bersama Unit St. John Ambulan Malaysia....

Cikgu Ali Rahman bersama Unit Pengakap menyampai ucapan pembukaan 2009

Cikgu Akhriee Sharifuddin Md Sah selaku PK Kokum melawat ke kelas-kelas tempat berlangsungnya perjumpaan persatuan...

Cikgu Husaini dan Jasmin ... persatuan aper yer... St. John kali...

Sebenarnya kalau boleh nak ambil gambar semua unit tetapi apakan daya bateri kamera sudah kehabisan. Aktiviti kokum pada tahun ini dimulai dengan penuh semangat oleh semua warga SMK Membakut II.
Selamat Maju Jaya...

Laporan daripada :

Norazman Md Noh
Ex-Redaksi Majalah
Hikmah 2005-2007


Tuesday, February 24, 2009

Program Kerja Amal Pengakap

Salam,

Pada hari Sabtu, 21 Februari 2009 yang lalu Persatuan Pengakap SMK Membakut II dijemput bersama menjayakan aktiviti kerja amal bersama dengan Pejabat Daerah Membakut di kawasan Pekan Membakut.

Seramai 32 orang ahli pengakap terlibat menjayakannya. Tahniah diucapkan kepada Persatuan Pengakap sekolah.

Selamat Maju Jaya...


Sunday, February 22, 2009

Laporan Kejohanan Sukan MSSD

Salam,

SMK Membakut II telah menghantar seramai 17 orang atlet untuk menyertai MSSD di SMK Gadong dan berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan 2 gangsa. Emas diperolehi daripada acara 200 meter (bawah 15) oleh Zaimah Salim dan pingat gangsa disumbangkan oleh Mohd Fuad Zainal Abidin dalam acara lempar cakera (bawah 15) dan Norzie Khalid dalam acara lompat tinggi (bawah 18).

Tahniah untuk kesemua pelajar tersebut dan di pihak sekolah hadiah telah disampaikan di perhimpunan sekolah pada hari ini. Hadiah berupa sijil dan sedikit insentif daripada kutipan guru-guru pengiring yang terlibat.

Tahniah sekali lagi buat kalian semua.....

Friday, February 20, 2009

Ex-SMKM II student blog visits

"Sweet memory" (click picture to enlarge image)


Salam,

Well, today I am very proud when I found (virtually) one of our ex-student of SMKM II Form 5 2005, Zaiazeyana Yanti Zainal. Thanx for dropping by to my blog @ santai. I am quite supprise when I read her blog and the blog is fully in English (except for several santai malay words). In my point of view, she can be a model or an idols for every SMKMII citizens to follow her footstep to be succes in life.

After the presentation during Science & Technology Carnival State Level (SADATEK),
Institut Latihan Perindustrian Sandakan 2005

Those who interested to follow her blog can click http://putribayu.blogspot.com (me n myself) and find her interesting story about her life.

Nostalgic picture (SADATEK Division Level 2005)


All the best to you Yanti....and also to all my beloved students...

Wassalam.


Wednesday, February 18, 2009

Sukan Daerah (MSSD)

Temasya Sukan Daerah (MSSD) sedang berlangsung di SMK Gadong. Seramai 18 orang atlet mewakili SMK Membakut ke temasya sukan tersebut.

Guru-guru pengiring terlibat :
1. Cikgu Yusman Nayan
2. Cikgu Kabul Yamin
3. Cikgu Imelda James

Guru bertugas MSSD :
1. Cikgu Lain Kok Chung
2. Cikgu Hazrul Hj. Bujang
3. Cikgu Gerald Vilantinus
4. Cikgu Lee Swee Eng

Harap pasukan SMK Membakut II pulang dengan kejayaan...


Pertandingan Catur Peringkat Bahagian Beaufort


SMK Membakut II menjadi tuan rumah Pertandingan Catur Peringkat Bahagian Beaufort. Berita lanjut akan disampaikan oleh guru penasihat Kelab Catur SMK Membakut II.

Petugas (Mr. Jonoh & Mr. Charlie n gang) sedang memasukkan data dalam komputer.

Perisian khusus digunakan untuk menyusun kedudukan peserta dalam pertandingan ini.

Tersumbat la plak idung aku nih...budak ni mau jalan ke inda....

Mohd Fazil (wakil SMKM II) sedang mengatur strategi

Ali Hanafiah (Kasparov Membakut ) juga tidak ketinggalan
memberi saingan hebat kepada lawannya

Penyertaan daripada peserta perempuan Bahagian Beaufort

Pertandingan telah selamat dijalankan dan seramai 3 orang wakil sekolah kita layak mewakili Bahagian Beaufort untuk ke peringkat Negeri Sabah.

Selamat Maju Jaya....

Tuesday, February 17, 2009

Assalamualaikum, Salam Pengenalan

Salam semua warga SMKM II,

Hari ini bermula semula Majalah HIKMAH versi maya SMK Membakut II setelah sekian lama menyepi. Majalah tahun 2008 tidak dapat diterbitkan walaupun drafnya sudahpun disiapkan. Harap majalah-majalah 2005, 2006 dan 2007 masih selamat dalam simpanan anda semua.

Untuk tidak menghampakan warga SMK Membakut II yang seringkali bertanya bilakah majalah tahun ini akan diterbitkan, e-hikmah adalah majalah sekolah baru versi maya dan akan berterusan sampai bila-bila (selagi orang pakai internet) dan akan dibaca oleh sesiapa sahaja dimana-mana di muka bumi ini.....

Selamat mengikuti e-hikmah...