Monday, April 27, 2009

Persediaan peserta forum remaja sekolah

Salam,

Sebenarnya banyak aktiviti sekolah yang melibatkan pelajar yang berlaku di sekolah ni yang tak dapat nak dilaporkan atau didokumentasikan. Ada lawatan pelajar, upacara angkat sumpah PRS dan sebagainya. Esok 28 April 2009, ada Karnival Pencegahan Dadah yang melibatkan pertandingan seperti dikir barat, nasyid, deklamasi sajak dan lain-lain. Laporan akan dimasukkan setelah menerima maklumat dari mereka yang terlibat.

Gambar di bawah adalah peserta-peserta forum remaja yang akan mewakili sekolah tidak lama lagi. Nampak terlalu sibuk menyediakan bahan berkaitan. Walaubagaimanapun, sempat juga berposing seketika demi majalah e-hikmah buat tatapan semua warga sekolah.

Respon spontan daripada mereka

Bahan-bahan yang berselerak di meja sewaktu membuat persediaan

Semoga kalian pulang dengan kejayaan....

2 comments:

Azeyana Zainal said...

good luck...
i really really miss this school...

Cik Purple said...

hahaha.. eee.. mo copy tu gmbr bole??? ee.. sedey nya tgk! :')